Salam sejahtera!

Dengan segala hormatnya dimaklumkan di bawah Artikel 15.1.4. Perlembagaan SIGC, di bawah kuasa – kuasa yang diberi, YAB Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus telah melantik EN. MD. AZMI BIN HJ SIDEK (M. 509) sebagai KAPTEN KELAB dan EN. ZULKIFLI BIN SAAD (Z. 55) sebagai BENDAHARI KEHORMAT KELAB berkuatkuasa pada hari Rabu, 13hb Januari 2020.

Pihak Kelab merakamkan ucapan tahniah di atas perlantikan ini dan berharap dapat menjalankan peranan dan tugas dengan baik demi kemajuan Kelab dan kepentingan ahli – ahlinya.

Sekian, selamat maju jaya.